Tuesday, February 8, 2011

my 2011 cny

assalamualaikum && hello

coti cny aritu saya balik kampung. dengan dialog "okei everibodyyy. sila siap siapp. kita akan ke kampung harinii. yeehaaa" lebih kurang la camtu. 

tapi kepulangan kali ni tanpa keluarga pakmat dan rakan rakan yang menyambut kami. sebab mereka semua telah dijual. sebab famili makzah dah pindah rumah baru, jadi takde sape nak tengok tengokkan pakmat dan keluarga. rasa seperti baru semalam bermesra-mesraan bergurau senda bersama. kini kau tiada lagi pakmat. yang tinggal hanya kenangan kita. masih kuingat disaat kumembawa segumpal serai untukmu. belum sempat sampai ke istanamu, kau telah meragut hujung daun serai itu dengan rakus. terkejut saya. walaupun kau kecil tetapi bernafsu makan yang besar.


kembar pakmat

yang tinggal hanya ayam ayam famili. pada suatu hari yang hening, masa tengah main buai dekat pokok laju laju buaiku laju, macam biasa ayam ayam famili dilepaskan dari reban untuk beriadah. alih alih dalam satu famili itu terdapat seekor ayam berkaki satu. 


alah tak pindahkan gambar ayam tu kat laptop lagi. korang bayangkan sendiri jelah. 


menurut kata atok, pada tanggal 10 disember yang lalu, satu tragedi telah berlaku. semasa ayam itu masih bayi, seekor tikus yang durjana telah menarik kaki ayam tersebut *mungkin dengan tujuan untuk makan* ayam bayi yang tidak berdaya itu berusaha mempertahankan kakinya tetapi tikus itu dengan kejam mematahkan kaki ayam bayi itu.

sob sob *kesat air mata*

memang sangat kurang asam dan keji tindakan tikus itu. :(


kini ayam yang bayi telah meningkat dewasa. walaupun kurang upaya tetap bersemangat menjalani hidupnya sebagai ayam berkaki satu yang istimewa.


satu lagi perkara yang saya perasan, kali ni rumah atok berwarna hijau. kali terakhir saya balik, rumah tersebut berwarna peach. dan sebelum kali terakhir adalah warna biru. rumah atok memang selalu bertukar warna. warna yang belum pernah cuba digunakan hanyalah warna hitam je.


kepulangan kali ini juga menjadi satu sejarah dalam hidup saya sebab kali pertama pergi pasar malam di sana. walaupun hanya membeli murtabak, ia tetap menjadi kenangan yang indah zzz.


dan mengenali farisha ariana yang gebu. dah setahun lebih, baru sedar kewujudan dia. hahah

:)

sekian laporan cuti tahun baru cina saya.


tfmka
xoxo

No comments:

Post a Comment

say something. ty!