assalamualaikum && hello

apa tengok tengok hidung i?
dear diary, hari ini si putih kena langgar lagi. kes si putih hari tu belum setel sepenuhnya tapi hari ni, jadi lagi. kami yang ada dalam si putih bagai tak de perasaan sebab yang kemek hanya pintu sebelah kiri, tayar, dan bumper yang jatuh. kasihan betul pada si putih, asik kena langgar sahaja. isk isk.
mungkin pagi itu semua sangat excited mahu pergi sekolah sampai lupa baca doa kenderaan. saya pun hanya baca doa keluar rumah mungkin sebab itu hanya si putih yang cedera, kami semua alhamdulillah selamat dan sihat dan kuat. cuma kami risau pasal tuan si putih aka mama sebab beliao sangat sayang pada si putih.
lepas mama turun dari si putih, dia terus sergah orang yang langgar si putih. berikut adalah dialog mama.
*m=mama
*oylsp=orang yang langgar si putih
m; AWAK SALAH LORONG!!!!!
oylsp; *speechless pucat*
itu sahaja yang sempat saya rakam dalam kepala sebab mama cakap terlalu laju dan emo. jadi saya teruskan pembacaan saya tentang human locomotion sementara mama cuba telefon sarjan seman untuk bantuan.
setengah jam kemudian baru kami teruskan perjalanan yang tertangguh. nasib baik si putih kuat lagi, masih boleh bergerak walaupun dengan kecederaan di bahagian kanan badan. selepas kami selamat sampai ke sekolah barulah mama pergi buat report untuk cari keadilan untuk si putih.
itulah kisah si putih hari ini. sungguh tragis bukan? sekarang si putih sedang dirawat. harap si putih cepat sembuh sebab saya tak nak tumpang si kancil cikgu azlin untuk ke sekolah minggu depan. *aww sedihnya dah nak sekolah balik*

mungkin begini lebih selamat
till fingers meet keyboard again
xoxo
troli perlu ada tali pinggang keselamatan kot lepas ini.
ReplyDelete