Saturday, July 10, 2010

monolog tentang kita

assalamualaikum && hello


awak - yang pertama

kali pertama saya nak berkenal kenal dengan awak, saya teruja sangat. masa saya nak buat keputusan untuk memilih pun saya jadi konfius sebab awak semua smart. tapi akhirnya saya pilih awak. dua minggu sebelum awak betul betul jadi milik saya, siang malam saya sengih sorang sorang, macam jakun tak sabar menanti kehadiran awak. awak yang akan menjadi sebahagian dari hidup saya.


masa mula mula saya malu malu jugak. kalau pergi sekolah, dalam kelas je saya berani tunjukkan awak depan kawan kawan. itu pun sebab bajet diorang tak nampak awak bersama saya. walaupun pelbagai kritikan yang diorang lemparkan cakap kita tak sesuai lah, ape lah, saya redho, saya terima segala kecacatan awak sebab ini semua adalah pilihan saya dan dapat restu mama juga. tanpa restu mama tak mungkin awak jadi milik saya, bukan ? jadi saya telan semua kata kata mereka, saya anggap mereka dengki saja untuk pisahkan kita. tapi hari demi hari kita semakin serasi walau mula mula saya kekok juga untuk dilihat bersama awak.


tak lengkap hidup saya tanpa awak. tanpa awak, dunia saya seakan kabur. tanpa awak, tak mungkin saya dapat fokus dalam kelas. tak mugkin! tak salah kalau saya buat statement yang awak menjadi salah satu faktor kejayaan saya dalam pmr dolu. :')


tapi masa kita sama sama pergi rombongan ke satu tempat, saya telah melakukan satu kesilapan yang besar dalam hidup saya. saya telah meninggalkan awak! maafkan saya sebab ini bukan kehendak saya. sungguh! bukan niat saya untuk lepaskan awak. bukan keinginan saya untuk tinggalkan awak tanpa sebab. ini adalah kerana kelemahan saya. ya. ini semua salah saya. saya terlalu cuai. mama pun terdiam dengan tindakan saya. beliao pun tidak sangka sejauh itu ketololan saya. tapi saya pasti awak maklum dengan sifat saya kerana kita telah menjalani kehidupan bersama agak lama.


awak, maafkan saya :'(
awak yang pertama dan yang terindah yang saya ada.

saat indah awak dan saya dan intan
saya kelihatan gembira dan ayu sekali


awak - yang kedua
antara awak dengan yang pertama, mama nampaknya lebih sayangkan awak yang kedua. sebab awak lebih bernilai. *mama memang materialistik sikit hehe* selepas yang pertama, awak lah yang kembalikan sinar dalam hidup saya, awaklah yang temani saya disaat saya hilang arah. tanpa awak tak mungkin saya dapat nikmati keindahan dunia. banyak yang kita hadapi bersama. tak banyak kenangan yang dapat saya ingat dengan awak, tapi saya jaga awak lebih dari yang pertama, dengan penuh kasih sayang.


tapi akhirnya awak tinggalkan saya. saya tak dapat kesan jejak awak. awak memang licik. awak selalu macam chipsmore. kejap ada kejap tak ada. tapi pada satu hari, awak terus hilang dari hidup saya. awak tinggalkan saya dengan seribu pertanyaan , mana silap saya? mana salah saya? macam angin, awak pergi. *mungkin ini balasan sebab saya telah tinggalkan yang pertama* mungkinkah ??

anaz overshadow saya nampak separuh je
tapi maintain gojes sebab awak ada bersama ;')


awak - yang ketiga

saya tak ingat tempoh sebenar, tapi saya tahu awaklah yang paling lama bertahan dengan saya. yang telan semua tingkah laku saya yang selalu tak peduli pasal awak. saya tahu saya hanya cari awak bila saya perlukan awak. setiap hari pun macam tu. tapi sekarang awak pun pergi dari saya jugak. memang saya dah dapat cari pengganti awak, tapi awak berdua beza sangat. awak memang sama keturunan tapi lain bangsa. mungkin saya perlu lebih masa untuk serasikan diri dengan beliao yang baru ini.

hm.. awak, mungkin awak ada dimana mana di luar sana. saya rindu pada awak. mungkin awak tak tahan dipenyekkan atas katil, ditinggalkan di bawah katil, terjatuh dalam mangkok tandas dan berbagai bagai lagi kelakuan saya terhadap awak. saya dah cuba cari awak tapi tak jumpa. saya tahu awak takkan kembali. saya akan simpan kenangan kita sampai bila bila.

kat tusyen pun saya bawa awak bersama :)

tapi semua tu tinggal kenangan manis saja. terima kasih sebab penah sudi muncul dalam hidup saya dan berbakti tanpa penat dan lelah. jasamu dikenang wahai
KACAMATAKU sekalian!
time kaseeeyyyyyy!
*gaya macam elikets*

dan yang sama keturunan tetapi berbeza bangsa aka kontek lens, nampaknya kita perlu lebih masa untuk sehati sejiwa. status kini : saling cuba mengenali diri masing masing supaya tidak akan terpelanting lagi dari kornea.


till fingers meet keyboard again
xoxo

2 comments:

  1. sesuai untuk tajuk karangan sekolah rendah.
    "terima kasih kaca mataku".
    konpem cekgu tanda sambil b'linangan air mata.

    ReplyDelete
  2. ehe. bukan berlinang lagi. mmg mencurah curah kot air mata beliao. ;p

    ReplyDelete

say something. ty!