Sunday, January 31, 2010

say it out loud

assalamualaikum && hello..


Orang yang berilmu itu selalu menang dalam pergaulan kerana ia membiasakan:



Caci disambut dengan senyuman
Penghinaan ditangkis dengan lemah lembut
Kemarahan dibalas dengan diam
Kejahatan dibalas dengan kebaikan
Semoga kita sentiasa tenang,
Jangan kita melatah atau melenting dengan ujian yang mendatang,
Ingatlah firman Allah
“janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”.
Surah Al-Imran: 139….


kadang2 saya rasa saya dah lali. sejak saya jejak kaki dekat tempat keramat tu, paling kurang akan pegang satu tanggungjawab yang bernama dan akan tertulis dekat mana-mana papan kenyataan. jujurnya, saya suka sebab kalau tak saya rasa diri macam tak berguna sebab tak membantu dan sumbangkan apa-apa. tak ada sebab atau niat lain. setiap orang kat dunia ni ada fungsinya. mungkin saya dilahirkan untuk itu. sekurang-kurangnya itulah fungsi saya setakat kehidupan selama 16tahun++ ni.

&& saya perhatikan orang2 yang sebegini akan seperti ada spotlite di atas kepalanya untuk sentiasa jadi bahan cerita orang. (just my observation)
i wanna become nobody because nobody is perfect.
quote sape ntah, tak ingat. menarik. huu~

seseorang akan sentiasa bercakap tentang seseorang yang lain. tentunya lebih banyak tentang keburukan.(berkongsi kisah untuk bertukar pendapat atau luahan hati adalah sesuatu yang berbeza di sini ye.) fitrah manusia kot. yang saya maksudkan ialah bercakap tanpa apa-apa sebab yang khusus. persepsi boleh bertukar dan dipengaruhi oleh pendapat yang lain. jadi kalau kita bercakap tentang sesuatu yang buruk atau baik tentang seseorang yang lain, kemungkinan untuk orang lain mengikut pandangan kita adalah 70persen ke atas. lebih-lebih lagi bagi yang semulajadi berakal pendek ditambah lagi denagn sikap memang tak suka berfikir. sejak dua menjak ni banyak kisah tak berapa nak baik saya dengar pasal seseorang. 'ivhsuivb' bukan nama sebenar. selama ni saya tak pula perasan apa-apa pasal dia. sebab saya tahu sebaik mana pun orang tu mesti ada kelemahan. manusia kan? adakah kita cukup baik untuk terus bercakap tentang keburukan orang lain secara serius? lebih-lebih lagi tentang orang yang lebih atas dari kita. selama ni saya dengar orang lain bercerita tentang orang lain dan masa tu kita akan fikir 'iih, teruk siot dia' atau 'er tak suka dia'.
&& saya tidak terkecuali..

fuh ayat sungguh terbelit membelit.

hm, apa yang mereka katakan tentang aku ya?

teringin nak tahuu..


till fingers meet keyboard again,
xoxo

No comments:

Post a Comment

say something. ty!